Monday, April 12, 2010

Lust is a blindfold

THIS is terrorism

Aku bukanlah pejuang hak asasi manusia atau apa. Tapi bila on je TV, terpampang gambar bumi Palestin dan rakyatnya yang hari2 bermandikan darah. Rasa menyirap gak la darah aku. Apa tak nya, saudara sesama Muslim beb, dan ini bukan semata2 kerana sentimen agama ok! Siapa pun tak kira apa bangsa atau agamanya atau apa saje alasannya TAK BOLEH diperlakukan macam tu! Diseksa, dijajah dan dibunuh sesuka-suki... Masya-Allah. Keluhan aku ni aku tau, hanya tinggal keluhan yang tak berkesudahan. Hari ini aku, esok, dia, tulat, mamat tu, tumit, pakcik tu... Palestin tetap macam itu juga. Takde kesatuan dan perpaduan ibarat "kereta berjalan tapi handbrake kau tak lepaskan". Geraknya slow, kejap2 mati tengah jalan. Ramai yang tak peduli sebenarnya pasal isu ni. Ramai yang lebih kisahkan siapa yang menang ABP atau AF atau Raja Lawak atau Mentor. Sedih memang sedih. Tapi nak buat macam mana kalau media lebih senang highlightkan berita yang level bulu ketiak daripada isu keliling pinggang kite... Hehehe. ^^

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Itu mukaddimah. Sekadar ingat mengingatkan sesama kita. Bukan tujuan aku nak berpoyo. Poyo itu riak, berdosa pulak. Huhu.

Sebenarnya aku berazam nak publish post at least seminggu sekali. Tapi nak buat macam mana, kadang2 idea tu ada tapi semangat tak ada. Dan begitula juga sebaliknya. Tapi takpe, menulis blog ni tak ada dateline. ^^

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Hari ni kalau kita tengok kiri kanan, pusing leher tu sikit dalam 65darjah, mesti ada orang mati. Tak kira la, hari Isnin ke, hari Khamis ke, Hari Raya ke, Hari Melawat Kamdar ke. Mesti ada orang mati punya. Tapi dari setiap yang mati tu di celah-celah kematiannya ada pula kelahiran nyawa2 baru ke muka bumi. Benda ni macam kesinambungan alam. Yang pergi memang takkan kembali tapi diganti. Ibarat pepatah Melayu "Patah tumbuh, hilang berganti". Ini bukan konsep reincarnation okay! Cuma sekelumit kefahaman aku tentang bagaimana alam ni berfungsi.

Tapi itula, bila aku tengok dalam tv, dalam paper- Orang buang anak, anak dia mati, kena baham anjing, biawak, kena hurung dek semut. Diorang ni tak terfikir ke macam yang aku fikir sekarang ni? Sikit pun tak? Hurmmm.. hampa. Takpe, ustazah aku penah cakap budak2 yang meninggal masa dia masih kecik (mumayyiz) lagi terus masuk syurga. Baguslah.

Jangan buang bayi!

Mungkin mak bapak dia tak ada masa nak berfikir-fikir macam aku. Macam kita yang baca berita diorang ni. Nafsu membutakan. Membutakan hati. Baik buta IT dari buta hati. Huhu. Macam mana kejamnya Israel ke atas orang Palestin, macam itula kejamnya mereka yang membunuh anak ni. Mungkin mereka lagi dahsyat sebab mereka bunuh darah daging sendiri. Nauzubillah...

Sekali lagi, aku sekadar meluahkan pendapat je. Sikit pun tak ada niat nak bajet baik. Ni peringatan untuk kita semua la. Nak amik port ke tak itu terpulang. Aku cakapkan aje.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Aku bukak tv esoknya. Cerita orang dera budak pulak. Aih.. (╯_╰)"

No comments:

Post a Comment