Monday, April 12, 2010

Lust is a blindfold

THIS is terrorism

Aku bukanlah pejuang hak asasi manusia atau apa. Tapi bila on je TV, terpampang gambar bumi Palestin dan rakyatnya yang hari2 bermandikan darah. Rasa menyirap gak la darah aku. Apa tak nya, saudara sesama Muslim beb, dan ini bukan semata2 kerana sentimen agama ok! Siapa pun tak kira apa bangsa atau agamanya atau apa saje alasannya TAK BOLEH diperlakukan macam tu! Diseksa, dijajah dan dibunuh sesuka-suki... Masya-Allah. Keluhan aku ni aku tau, hanya tinggal keluhan yang tak berkesudahan. Hari ini aku, esok, dia, tulat, mamat tu, tumit, pakcik tu... Palestin tetap macam itu juga. Takde kesatuan dan perpaduan ibarat "kereta berjalan tapi handbrake kau tak lepaskan". Geraknya slow, kejap2 mati tengah jalan. Ramai yang tak peduli sebenarnya pasal isu ni. Ramai yang lebih kisahkan siapa yang menang ABP atau AF atau Raja Lawak atau Mentor. Sedih memang sedih. Tapi nak buat macam mana kalau media lebih senang highlightkan berita yang level bulu ketiak daripada isu keliling pinggang kite... Hehehe. ^^

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Itu mukaddimah. Sekadar ingat mengingatkan sesama kita. Bukan tujuan aku nak berpoyo. Poyo itu riak, berdosa pulak. Huhu.

Sebenarnya aku berazam nak publish post at least seminggu sekali. Tapi nak buat macam mana, kadang2 idea tu ada tapi semangat tak ada. Dan begitula juga sebaliknya. Tapi takpe, menulis blog ni tak ada dateline. ^^

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Hari ni kalau kita tengok kiri kanan, pusing leher tu sikit dalam 65darjah, mesti ada orang mati. Tak kira la, hari Isnin ke, hari Khamis ke, Hari Raya ke, Hari Melawat Kamdar ke. Mesti ada orang mati punya. Tapi dari setiap yang mati tu di celah-celah kematiannya ada pula kelahiran nyawa2 baru ke muka bumi. Benda ni macam kesinambungan alam. Yang pergi memang takkan kembali tapi diganti. Ibarat pepatah Melayu "Patah tumbuh, hilang berganti". Ini bukan konsep reincarnation okay! Cuma sekelumit kefahaman aku tentang bagaimana alam ni berfungsi.

Tapi itula, bila aku tengok dalam tv, dalam paper- Orang buang anak, anak dia mati, kena baham anjing, biawak, kena hurung dek semut. Diorang ni tak terfikir ke macam yang aku fikir sekarang ni? Sikit pun tak? Hurmmm.. hampa. Takpe, ustazah aku penah cakap budak2 yang meninggal masa dia masih kecik (mumayyiz) lagi terus masuk syurga. Baguslah.

Jangan buang bayi!

Mungkin mak bapak dia tak ada masa nak berfikir-fikir macam aku. Macam kita yang baca berita diorang ni. Nafsu membutakan. Membutakan hati. Baik buta IT dari buta hati. Huhu. Macam mana kejamnya Israel ke atas orang Palestin, macam itula kejamnya mereka yang membunuh anak ni. Mungkin mereka lagi dahsyat sebab mereka bunuh darah daging sendiri. Nauzubillah...

Sekali lagi, aku sekadar meluahkan pendapat je. Sikit pun tak ada niat nak bajet baik. Ni peringatan untuk kita semua la. Nak amik port ke tak itu terpulang. Aku cakapkan aje.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Aku bukak tv esoknya. Cerita orang dera budak pulak. Aih.. (╯_╰)"

Monday, March 22, 2010

Momudahkan ko Monyusahkan?

Dalam dunia yang serba-serbi moden dan hi-tech hari ni, kita sering disuapkan dengan bermacam 'kemudahan' yang kononnya supposed to make things easy untuk kita.

Salah satu daripada kemudahan ni adalah laman jaringan sosial atau dalam bahasa omputihnya, social networking sites (SNS) yang korang ley jumpa setiap kali korang online. Antara sites2 yang popular dengan konsep ni termasuklah Friendster, My Space, Hi5, Tagged, Twitter dan macam2 lagi. Tapi yang paling popular atau raja SNS ni mestilah Mukabuku (Facebook).

Sebut sahaja siapa yang takde akaun Facebook skang? Daripada budak2 sekolah rendah, artis2, even Perdana Menteri Malaysia pun ada Facebook. Jangan main2 pengaruh Facebook ni. Kalau nak ceritakan asal-usul Facebook ni pulak aku pun tak berapa arif, yang aku tau ia dicipta oleh Mark Zuckerberg dan beberapa orang rakan dia tyme diorang kat Harvard. Nak tau lebih Google aje la ye. Hehe. Dengar cite Mark Zuckerberg ni Jewish? Ye ke? Ontah... tak pasti.

Mark Zuckerberg
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Okay... enough with the Mukaddimah. Skang ni aku nak ulas pulak pasal tajuk aku yang kat atas tu. Pasal kemudahan dan kelebihan2 Facebook atau SNS yang lain itu aku rasa tak perlulah aku nak ulas lagi. Sebab memang banyak gilakhinzir. Dan aku bukannya nak ulas pasal rekaletak atau the fact e-mail korang mebi akan dipenuhi ngan benda-benda yang tak penting. Tapi hari ni aku nak tunjuk kat korang apa yang sleknya dengan SNS ni.

1) Tiada lagi rahsia.
Yang ini mungkin ada yang akan kata; "Ala, aku bukannya cerita benda2 dalam kain pun." Yes, Cik Kiah. Saya paham tu. Tapi zaman skang ni ramai sangat orang dari kalangan pendesak. Semuanya nak tau. Kadang2 sampaikan yang dalam sepender pon diorang nak tau. And kadang-kadang kita tak perasaan tapi certain things yang kita tulis kat SNS tu mebi bukan apa2 pada kita tapi pada pihak yang lain ia sepatutnya jadi rahsia korang dan dia. Contohnya macam korang gaduh ngan kawan ke, clash ngan pakwe ke... whatever la kan.

2) Terdedah kepada stalker
Yang ini pun mebi ada yang tak setuju sebab dalam SNS ni dia ada option to make our profile private. Ini memang bagus tapi macam mana kalau dalam banyak2 kawan online yang korang add tu salah satunya daripada golongan stalker ni? Aku tak la bermaksud yang korang tak boleh percaya sesiapa tapi beringat sebelum kena. Mark Zuckerberg sendiri penah kena kritik sebab aplikasi News Feed dalam Facebook ni memudahkan cyberstalking. Macam mana pulak dengan perverts? Beware.


3) Pergerakan anda mudah dipantau
Ok. Ini ada kena mengena sikit dengan point aku yang 1st dan 2nd tadi. Contoh la mcm, bos korang ke, Along, ex-boipren/gepren, stalkers etc.

4) Pembaziran masa
Ini mesti semua setuju dengan aku. These SNS has help us in killing tyme, probably too much. Contoh la, macam nak curi2 layan Facebook sambil kerja ke, nak balas komen2 orang. Ini sekaligus akan menurunkan kadar produktiviti pekerja2 kita. Ecewah... Sesuka aku je. Marah orang kang. Haha.


5) Peningkatan Gejala Sosial

Ya... gejala sosial yang aku maksudkan ni bukan macam hisap dadah or marijuana, jadi bohsia or bohjan ataupun samseng jalanan tapi yang aku maksudkan kat sini ialah sesi umpat-mengumpat dalam SNS. Dah macam mokcik2 lak. Tambah2 plak skang ni ada page "I hate" yang semakin popular dalam Facebook. Contoh macam "I hate Fasha Sandha", "Hate Wartawan Hiburan M'sia", "Hate En. Karim cikgu disiplin SMKJKL", "Hate Makcik yang jual karipap 50sen seketul"... macam2.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

There you have it. Sebenarnya banyak lagi benda2 yang slek tapi otak aku dah tak mampu nk di-push-kan lagi jadi ini aje la yang dapat aku persembahkan kat korang. Pesanan aku, memang benda2 ni boleh berlaku kat kita tapi selagi kita cautious, insyaAllah ia boleh dielakkan... Lain-lain nanti aku update kalau rajen. Haha. Ciao.